Dari meja ke meja, sebenarnya dah lama kepingin nak buat web nie tapi disebabkan kesibukkan dan kemalasan yang melampau nie apa kan daya. Dari zaman GB Mr Zack lagi dok mintak aku developkan web utk sekolah dan sekarang GB baru Pn Lee akhirnya dapat jugak buat. Walaupon tidak hebat dan secanggih web-web lain sekurang-kurangnya dah ada langkah pertama....ramai orang kata nak buat sesuatu yang baru ni memang susah lebih-lebih lagi semasa nak memulakannya. Alhamdulillah sekarang dah ada web site yang sempoi-sempoi aje macam nie. Banyak2 terima kasih pada pihak PKG yang anjurkan Bengkel aritu dan beri petunjuk dalam hal ini. Insyaallah aku akan coba untuk update dan upgrade kan web ini lagi.