SEKAPUR SIREH
Pengerusi (Pentadbir Sekolah)
Pn. Lee Chong Yern guru besar sekolah Kebangsaan Batu Empat (2) Jalan Ipoh, merupakan pentadbir sekolah yang berdedikasi dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Beliau juga sangat menitik beratkan keutamaan pelajar-pelajar dalam pencapaian akademik dan kokurikulum mereka, dengan moto beliau "Kecemerlangan Sekolah Di Utamakan Kebajikan Murid Dan Guru Di Dahulukan" memetik ucapan beliau…
“Sebenarnya sebagai seorang pendidik, tanggungjawab yang telah diamanahkan memanglah amat berat. semua pihak akan memerhatikan kita setiap masa. jika baik yang dilakukan, maka pujianlah yang akan diterima, begitu juga sebaliknya. tetapi janganlah perkara ini kita jadikan alasan untuk tidak mahu berusaha bagi memajukan diri dan sekolah kita.
Saya sebagai ketua pentadbir sekolah ini sungguh terhutang budi dan berterimakasih kepada semua GPK yang merupakan nadi penggerak kejayaan sekolah, guru-guru yang sentiasa peka dan sanggup memberi sebarang pertolongan pada bila-bila masa, kakitangan yang sama-sama berganding bahu menceriakan kawasan sekolah serta pelajar-pelajar yang sentiasa akur dengan peraturan sekolah.
kita boleh berbangga dengan kejayaan yang ada tetapi kita tidak boleh lupa dengan tanggungjawab kita seterusnya. dunia akan melangkah ke alaf baru, abad 21. kita harus menyediakan anak-anak kita dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh. anak-anak kita harus mempunyai pegangan agama yang teguh dengan itu mereka akan merupakan insan yang tahan cabaran, berdaya juang, berdaya saing, merdeka minda, celik sains dan teknologi serta celik IT."