SEJARAH SEKOLAH
Sejarah sekolah ini bermula pada awal Januari 1967, ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Batu Empat, Jalan Ipoh. Bahasa penghantarnya pada ketika itu ialah Bahasa Inggeris. Ketika mula ditubuhkan sekolah ini belum lagi mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu dan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Lima sehinggalah 2 buah bangunan 2 tingkat siap dibina pada tahun 1968.
Ketika mula diasaskan, sekolah ini hanyalah merupakan sekolah Gred C yang hanya mengandungi seramai 360 orang murid dan 9 orang guru sahaja. Pada ketika itu sekolah ini ditadbir oleh Pemangku Guru Besar iaitu Puan Hasnah Yunus.
Pada tahun 1967 kedudukan kawasan sekolah ketika itu dikelilingi oleh semak samun dan pokok-pokok getah tua yang tidak teratur tumbuhnya. Pada tahun 1968 setelah bangunan sekolah siap dibina. Sekolah dan murid-muridnya mula berpindah ke bangunan baru walaupun pada ketika itu bekalan air dan elektrik belum dibekalkan lagi. Di dalam keadaan yang serba baru dan kekurangan sekolah ini mula berkembang sedikit demi sedikit dalam sepanjang tahun 1968, 1969, 1970, dan 1971 ia menjadi sebuah sekolah yang besar serta dikenali ramai di kawasan Kampung Batu.
2. Sekolah Rendah Kebangsaan (Satu) Batu Empat mengambil setengah murid-muridnya dan setengah lagi bernaung di bawah Sekolah Rendah Kebangsaan (Dua) Batu Empat. Sama ada guru mahu pun murid terasa akan perpecahan ini walaupun tidak ketara tetapi hubungan yang dulunya erat umpama satu keluarga yang mesra dan kini beransur-ansur renggang. Hal ini jelas kelihatan sehingga ke hari ini dimana seolah-oleh antara sekolah (1) dan sekolah (2) bagaikan langsung tidak ada sebarang pertalian. Pertalian dan perhubungan mereka hanyalah sebagai jiran yang berkongsi bangunan sahaja.
Pada awalnya kedua-dua sekolah ini hanya mempunyai murid seramai 600 orang. Pada ketika itu Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Batu Empat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur di tadbir oleh En. Hassanuddin bin Aziz. Pada tahun 1975 satu lagi bangunan bilik darjah dan bangunan kantin baru dibina untuk menampung pertambahan murid dari tahun ke tahun. Pada masa itu Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Batu Empat ditadbir oleh Datin Maimunah bt. Said sebagai guru besar. Pada tahun 1980 En. Ngoh Hung Onn telah mengambil alih pentadbiran SRK (2) Batu Empat dimana pada masa itu SRK (2) Batu Empat adalah sekolah Gred A dengan jumlah pelajar yang melebihi 1000 orang murid. Bagi menampung pertambahan murid sebuah lagi bangunan baru dibina pada tahun 1984 sebuah blok bangunan baru dibina sebagai tambahan kepada keperluan murid yang bertambah dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan (2) Batu Empat, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur, tetapi lebil dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Batu Empat 2 Jalan Ipoh (SKBTE2) Semenjak tahun 1968 kawasan sekolah sering kali dilanda banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat. Ini kerana sekolah ini berdekatan dengan Sungai Jinjang dan Batu (lampiran A1). Namun berbagai usaha dan langkah telah dilakukan untuk mengatasinya hanya dapat mengurangkannya sahaja. | SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH1. Apabila berlaku perubahan di kawasan sekeliling sekolah, diteroka dan dibangunkan sebuah taman perumahan yang dikenali dengan Taman Kok Lian, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Bermula dari sini tahun demi tahun penduduk mula bertambah dan bilangan murid sekolah ini juga turut meningkat kepada 1 650 orang murid. Bilangan guru juga turut bertambah dari 9 orang pada mulanya bertambah kepada 39 orang guru pada ketika itu. Pada masa itu sekolah juga terpaksa dipecahkan kepada 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang di bawah seorang Guru Besar.
Memandang keadaan murid yang terlalu ramai, untuk kepentingan murid-murid dan kemampuan Guru Besar mentadbirkan kedua-dua sesi ini diragukan, maka sekolah ini dipecahkan kepada 2 pentadbiran pada tahun 1972. Bermula pada tahun itu secara rasminya lahirlah Sekolah Rendah Kebangsaan (Satu) Batu Empat dan Sekolah Rendah Kebangsaan (Dua) Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 3. Dari tahun ke tahun berbagai perubahan telah dilakukan dan bertukar pentadbiran apabila guru besar bertukar dan bersara. Sehingga kini Sekolah Kebangsaan (2) Batu Empat yang dahulunya berdiri megah dengan keupayaan melahirkan pelajar cemerlang. Kini SKBTE2 berubah, dimana bilangan pelajar semakin merosot.
Sekolah ini diterajui pula oleh Datin Noor Asiah bt. Md Baki pada tahun 2001 dan dibantu oleh tiga orang GPK dan 2 staf sokolgan iaitu pembantu tadbir dan pembantu am rendah. Bilangan murid semakin berkurangan akibat daripada pembukaan beberapa sekolah baru di Zon Sentul. Namun demikian pada tahun 2006 jumlah murid seramai 267 orang menurun kepada 255 orang tahun 2007. Jumlah pelajar terus merosot pada tahun- tahun berikutnya iaitu 2008 (237 orang), 2009 seramai 216 orang. |
JUSTERU..
4. Jusetru itu pihak Kementerian dibawah Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah memikirkan satu langkah untuk menggabungkan sekolah-sekolah bagi memperkasakan kokurikulum. Kementerian mahu menjadikan sekolah satu sesi supaya sesi persekolahan dapat menjalankan kokurikulum dapat dijalankan pada hari persekolahan dan tidak menganggu hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad.
Untuk itu pihak JPWP telah menyenaraikan 30 buah sekolah dalam Wilayah yang tersenarai termasuk SKBTE1 dan SKBTE2(lampiran B1) Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Agung PIBG dan telah membuat keputusan tidak bersetuju dengan pengabungan ini (lampiran B2), dengan alasan jumlah murid yang sedikit dapatlah guru-guru memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran dan tidak ada apa-apa kepincangan terhadap pentadbiran sekolah. Kenyataan ini disokong oleh Guru Besar (Datin Hjh. Noor Asiah Bt. Md Baki ) serta GPK kokurikulum bahawa terdapat 12 kali setahun perjumpaan kokurikulum dan setakat hari ini tidak timbul sebarang masalah. Namun terpulang kepada pihak Kementerian dan Jabatan untuk memutuskannya.
Segala perbincangan ini telah terjawab dengan sepucuk surat dari JPWP(SR) 02-2120/(1) bertarikh 15 januari 2008 (lampiran B3). Surat tersebut memaklumkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pelajaran wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bil. 8/2007 bertarikh 18 Disember 2007 memutuskan Permohonan tuan/puan untuk menggabungkan sekolah 1 dan sekolah 2 tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Syukur alaham dulillah, SKBTE2 masih berdiri megah sehingga ke hari ini yang ditadbir oleh En. Zunnurin bin Abdul Aziz sehingga tahun 2010. Kini Sekolah Kebangsaan Batu Empat (2) ditadbir olen Guru Besar baru iaitu Pn. Lee Chong Yernpada 22 November 2010.

LOKASI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Batu Empat 2, terletak di Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. SKBTE2 berada dalam kawasan Perumahan Taman Kok Lian. Mengikut sejarahnya taman ini wujud sejak tahun 1970 an. Sekarang SKBTE2 Jalan Ipoh, dikelilingi oleh taman perumahan. Di hadapan dan sebelah kanan sekolah terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Jamek Kampung Batu (Masjid Abu Hurairah).
Di Hadapan sekolah terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Jinjang yang jaraknya hanya 30 meter dari pagar hadapan. Sungai ini menyebabkan banjir sering kali melanda sekolah. Bahagian belakang pula terdapat sebuah Sekolah Menengah Raja Ali yang bersebelahan dan berkongsi pagar serta padang permainan (lampiran A1).
Di seberang Jalan Ipoh terdapat 2 blok 17 tingkat (blok A dan B) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sebahagian kecil penghuni PPR ini belajar di sekolah ini. Selebihnya belajar di Sekolah Sri Delima dan Sekolah Kebangsaan Kampung Batu dan SK Batu Empat 1, Jalan Ipoh iaitu sekolah yang berkongsi bangunan dengan sekolah ini.